SALAM Rabu yang indah..
tak dinafikan semalik hari semakin penat. menjalani praktikal dari pagi hingga petang kemudian bekerja part time dari petang bawa ke malam. kesusahan ditanggung sendiri. bukan tiada yang mahu menolong tetapi segan meminta dari emak ayah.
semester baru yang penuh dugaan. kehilangan helmet pada mulanya. seminggu kemudian kehilangan motosikal yang baru dibeli tidak sampai dua bulan. sedih di hati tidak dapat disangkal. cuba jadi sekuat mungkin. berfikir-fikir ada hikmahnya sesuatu kejadian itu. bernasib baik kerana harta sendiri. apa akan terjadi sekiranya motor sahabat atau orang lain..tidak tidur malam jawabnya memikirkan hal itu sahaja.
kesibukan mengejar masa untuk bekerja sudah menjadi sebati dalam diri. berulang alik dan sentiasa ditemani teman kerana rumah jauh dan jalan yang gelap. cuaca pula tidak menentu. musim tengkujuh apa barangkali.
perut yang lapar,kepala yang berat rasanya mahu pengsan saja.apakan daya poket kosong di hujung bulan.
sekian.wassalam..
No comments:
Post a Comment