SALAM Rabu yang indah.. tak dinafikan semalik hari semakin penat. menjalani praktikal dari pagi hingga petang kemudian bekerja part time dari petang bawa ke malam. kesusahan ditanggung sendiri. bukan tiada yang mahu menolong tetapi segan meminta dari emak ayah. semester baru yang penuh dugaan. kehilangan helmet pada mulanya. seminggu kemudian kehilangan motosikal yang baru dibeli tidak sampai dua bulan. sedih di hati tidak dapat disangkal. cuba jadi sekuat mungkin. berfikir-fikir ada hikmahnya sesuatu kejadian itu. bernasib baik kerana harta sendiri. apa akan terjadi sekiranya motor sahabat atau orang lain..tidak tidur malam jawabnya memikirkan hal itu sahaja. kesibukan mengejar masa untuk bekerja sudah menjadi sebati dalam diri. berulang alik dan sentiasa ditemani teman kerana rumah jauh dan jalan yang gelap. cuaca pula tidak menentu. musim tengkujuh apa barangkali. perut yang lapar,kepala yang berat rasanya mahu pengsan saja.apakan daya poket kosong di hujung bulan. sekian.wassalam..
SALAM.. banyak perkara dalam dunia ni yang kita masih belajar n masih banyak yang kita ingin tahu. ape aku melalut pon entah la..masuk kali ni dah banyak kali jugak aku renew blog.pening pon ade macam mane nk starting semula.,hahaxx... 1st..hari-hari menghitung dosa yang aku lakukan.,banyak sangat..keampunan aku mintak dari tuhan..semoga taubat aku diterima oleh-Nya.. 2nd..sengaja aku buat orang jadi tak suka sebab aku dah tak sanggup nak jadi hipokrit dalam hidup aku..sakitnya bila terpaksa berlakon jadi baik..mulut kata benci tapi hati masih sayang..pergilah dia mencari yang lebih baik..papa yang dia nak kata pasal aku biarlah.hanya Allah yang mengetahui sebab aku buat macam tu.. at the end of the day we'll see..mungkin akan ada karma walau aku tak percayakan karma tapi aku selalu nampak perkara tu terjadi kat orang sekeliling..doa orang yang teraniaya..faham saja la... aku tak baik macam orang lain,perasan,koya,EGO..aku tahu semua tu..biarlah..just pray for my life,happiness ever after..wassalam..